Saturday 15 October 2011

Haryss Haryssa

Bab 1:KENANGAN

Pagi yang damai.Mentari mula menampakkan sinarnya.Cahayanya cuba mencuri masuk melalui jendela biliknya.Puan Aneesa melangkah masuk ke dalam kamar Haryss bersama senyuman paginya dia memercikkan air ke muka anak terunanya untuk bersarapan. “Selamat pagi budak kecil,” kedengaran suara Mamanya mengejutkan Haryss yang sedang tidur lena. Reaksi muka Haryss seperti lemas di tengah-tengah lautan.


                “Haryss mahu makan roti dengan Milo sejuk ke?”.
              “Urm,nak la”,jawab Haryss sambil menggosok matanya.

Haryss masih letih setelah seharian menolong ibunya berpindah ke rumah baru. Bau roti yang baru dibakar membuatkan perut kosong rasa gembira. Sementara menunggu sarapan tersedia, Haryss berjalan keluar sambil memegang dinding yang memisahkan dua buah rumah di situ. Ketika berada di hujung dinding Haryss ternampak seorang budak perempuan sedang memegang sebatang kayu.
“ Hey awak,awak baru pindah sini ke?”.
“ Saya Nur,nama awak?”.
Haryss tergamam. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan. 
“Haryss…mari makan”. Haryss terus berlari meninggalkan Nur sendirian. Haryss menjenguk ke luar tingkap melihat Nur yang sedang mencekik seekor kucing.

URMMM…
Setelah seminggu berpindah, ibu Haryss mula menjual roti dan biskut di rumah dan di kedai-kedai sekitar Taman Mahawangsa. Itulah pekerjaan yang menyara mereka sekeluarga. Haryss bermain-main di halaman rumahnya. Nur yang sedang bermain bola ternampak Haryss dari jendela rumah. Tanpa sebab munasabah dia membaling bola itu mengenai Haryss.
“ Adui! Bola sape ni?”.
“ Hey,itu bola saya la…” .
“ Owh! Marilah turun ambil”.
Nur tersenyum. Lalu dia mendapatkan bola itu lalu bermain dengan Haryss.
Setelah hampir sebulan, Haryss dan Nur bagaikan x dapat berpisah. Ketika mereka sedang seronok bermain, ada sebuah kereta berhenti di hadapan rumah Haryss. Kemudian, pemandunya mengeluarkan sebuah kamera. Perkara itu di sedari Haryss. Lalu dia menarik tangan Nur masuk ke dalam rumahnya lalu memberitahu ibunya akan perkara tersebut. Ibunya berada dalam keadaan risau. Ketika malam masih muda, sebuah lori datang mengambil barang-barang di rumah Haryss . Haryss dan Ibunya terpaksa berpindah. Keesokan harinya Nur memasuki halaman rumah Haryss. Namun, apa yang dicarinya sudah meninggalkannya.
“ Mana Haryss ni?”, kata hati yang rasa kehilangan. Tangannya memegang kek yang hendak dikongsi dengan Haryss kerana hari itu adalah hari jadinya. Tetapi, Haryss sempat meninggalkan hadiah di sudut tepi rumahnya. Hadiah itu adalah sebuah lukisan serta roti kegemaran mereka.







Haryss Haryssa